Friday, 10 February 2012

WalaU Kamu dan Aku Tidak Lagi Kita Yang Dulu

Kita kenang akan luka itu dengan kata hati yang kadang membuatkan kita terbisu sejenak.Membiarkan bibit bibit rasa mengalir perlahan lahan menusuk ke dalam hati
Hingga kadang membuatkan kita dalam tanpa sedar merasakan sakit dan pedih
Andainya kamu bahagia didalam deritaku aku pasrah menepuh derita itu.Hakikat derita rindu itu amat menyakitkan hati,setelah kamu menyalakan api cintamu lalu membakar jiwaku dan hanya aku yang hangus dalam perasaan sendiri.
Dan aku izinkan kamu pergi tapi jangan paksa aku untuk membenci kerana cintaku sudah sebati.Tak mungkin aku berpaling lagi biarlah cintaku padamu kekal dihati
DAN TIKA MENGENALI MU
Senyuman ini diukir kerana Kamu
Sakit itu terasa kurangnya bila melihat lirikkan matamu.Luka itu hilang bila kamu hadir.Indahnya melihat senyuman yang terukir ikhlas darimu.

Kesedihan itu semakin pudar bila kepercayaan sandaran.Kekecewaan itu semakin hilang , terasa lupa akan pedihnya bila bersama kamu.

Esakan tangisan telah berkurungan bila kamu berikanku kebahagiaan.Indah dan terasa amat menyenangkan hari hari berlalu.Dan kerana itu telah aku lupa akan rasa benci yang dulu.Hilang dan menjadi satu sejarah.

TELAH HILANG MENJADI SEJARAH

Jangan tanya lagi tentan itu,kerana hati ini sudah tiada jawapan,tersimpan setiap satu persoalan namun jawapannya bagaikan menepuk tangan sebelah.

Amat sukar untuk meramalkan sesuatu yang tempatnya didalam hati,amat sukar untuk difahami jika hatinya menyimpan rapi tentang rasa dan kisah yang menjadi tanda tanya.

 Walau luka yang ada masih terpahat di jiwa.Dan terus menghiasi sekian lamanya di dalam jiwa.Membiarkan saja rasa itu ada.Sakit dan berbekas luka.Dan walau hati masih belum hilang rasa kecewa.Mengalir air mata terasa panas di pipi.Walau sudah sekian lama berlalu pergi.Tapi rasa satu rasa yang tak pernah hilang.Cinta itu masih membara.

DAN BILA KAMU MELANGKAH PERGI

Kisah yang mendam rasa rasa cinta yang dipendamkan.Apakah salah yang telah dirasakan ini?Apakah salah minda yang meneka,sedangkan aku punya naluri yang merasakan getaran jiwamu.

Adakah rasa ini juga dari rasa cintamu?Degupan jantungku ini berdegup kencang saat aku mengingati.Mataku unu sering melihat keindahan ceinta darimu

Dan aku masih lagi mengingati kamu WALAU KAMU DAN AKU TIDAK LAGI KITA YANG DULU

Kita pujuk diri kita untuk terus ada satu semngat dari mengimbau rasa itu.Kita sulamkan hati kita dengan azam untuk bangun dari perpisahan itu.

Setiap permulaan pasti ada pengakhiran.Apabila kita meredhai sesuatu pemergian, pasti akan datang yang lebih baik untuk kita selepas itu.Lepaskan saja , jadilah seorang yang punyai harga diri

No comments:

Post a Comment