Wednesday, 8 February 2012

Kehadiran Mu Kutunggu

Sayang
Setiap hari aku menunggu kehadiranmu
Setiap hari aku menunggu kedatanganmu
Setiap hari aku memanjat doa padanya agar aku dapat bertemu denganmu
Sayang
Setiap hari aku sabar
Setiap hari aku redha
Aku pasti dirimu akan hadir jua dalam hidupku
Aku pasti kamu jua begitu
Sayang
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui diriku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencitaimu

Sayang
Andai kamu tahu yang aku menggu kamu disetiap mimpi mimpiku
Andai kamu tahu aku sentiasa memohon padanya agar dipertemukan dengan dirimu
Andai kamu tahu aku mengarapkan kehadiranmu disisiku
Tapi sayang
Aku sedar yang aku harus bersabar
Aku sedar aku harus menunggu sedikit masa lagi
Setiap malam aku menangis , sayang
Menanti kehadiranmu
Kerana aku rindu untuk menceritakan segalanya padamu
Kerana aku rindu untuk meluahkan apa yang aku rasa

Sayang
Andai kamu tahu betapa aku mengharapkan kehadiranmu disetiap malamku
Andai kamu tahu betapa aku mengharapkan seseorang untuk menemaniku

Sayang
Aku sentiasa menunggu kamu
Aku sentiasa bersabar dengan apa saja dugaan yang Allah SWT tetapkan untuk aku

Sayang
Aesungguhnya aku tahu sabar itu sebahagian daripada iman
Dan dengan kekuatan iman aku ni , aku tetap sabar menanti kamu
Aku tidak lupa untuk memohon pada Yang Esa agar dipertemukan dengan kamu
Dan dengan kekuatan iman aku ini , aku tetap sabar menanti kamu
Aku tidak lupa untuk memohon pada yang esa agar dipertemukan dengan kamu
Dia tetapkan jodoh untuk kita
Hanya DIA yang mengetahui segalanya
Hanya DIA yang mengetahui bila kita akan bertemu

Sayang
Aku sudah penat untuk mendengar bicara teman teman diluar sana
Aku sudah penat untuk menjawab segala persoalan mereka

Sedikit masa lagi...Aku sedar, sayang
Cinta itu akan jadi milik kita,Jodoh kita adalah untuk selamanya..Sepanjang akhir hayatku
Hanya kau yang kucinta...hanya kau yang kurindu
Kerana DIA yang tetapkan perasan itu untuk kamu
Kerana DIA yang mengizinkan aku untuk mencintaimu

Sayang
Dimana sahaja kau berasa,dengarlah bisikan hatiku
Dengarlah setiap doa doaku
Kerana doaku untuk cinta kita
Mohon lah padanya , sayang
Agar kita bertemu suatu hari nanti
Jika kita tidak bertemu disini , mungkin kita akan bertemu disana
Di alam yang kekal selamanya

No comments:

Post a Comment