Tuesday, 13 December 2011

Samsung Hasilkan Tablet Lut Sinar Futuristik Dilancar 2012?

“Samsung mungkin akan mengumumkan Tablet Lut Sinar Futuristik pada tahun 2012″, satu tajuk yang gempar, gempak dan sangat mengejutkan. Dalam fikiran, pastinya kita akan tertanya-tanya sama ada betul atau tidak. Atau ianya hanya strategi/psikologi Samsung.
Perkara ini mungkin tidak mustahil. Pada masa sekarang, dunia telah pun mempunyai paparan lut sinar yang diperbuat daripada Substruktur Batu Nilam (sapphire substrates). Walau bagaimanapun, ianya amat mahal. Pada bulan Oktober yang lepas, dipercayai bahawa Samsung telah berjaya menghasilkan paparan lut sinar daripada kaca, dan ini tentunya akan membuka jalan kepada paparan lut sinar yang besar dan murah.
Dalam beberapa hari yang lepas, Samsung telah mengeluarkan video yang memaparkan tablet futuristik yang mempunyai paparan lut sinar. (Klik untuk buka video di youtube)

Di samping video tersebut, Samsung juga pernah membuat demostrasi skrin AMOLED senipis 0.3mm yang boleh dilentur (bendable). Klik untuk buka video do youtube

Ketua Eksekutif Perhubungan Pelabur Samsung, Robert Yi, telah menyatakan bahawa “kita sedang berusaha untuk memperkenalkan paparan lut cahaya yang fleksibel pada tahun 2012, kemungkinan pada bahagian yang awal”.
Diharapkan ia menjadi kenyataan seterusnya merubah sekali lagi evolusi teknologi telefon dan tablet di dunia selepas IPhone dan Ipad
Berikut merupakan beberapa gambar dari video tersebut.
Iklan Tablet Lut Cahaya
Cara nak amik gambar
Terjemah bahasa
Terjemah bahasa secara terus
Tablet yang boleh dilentur
Skrin AMOLED boleh lentur dan sangat nipis
Skrin senipis o.3mm yang diperkenalkan awal tahun 2011

No comments:

Post a Comment