Tuesday, 13 December 2011

Apa Itu Cinta?


Seorang murid bertanya : "Cikgu.. apa itu cinta?"

Lalu cikgunya berkata : "Bagi menjawab soalan itu, kamu kena pergi ke sawah.. pilih sebutir padi yang paling besar dan bawa balik ke sini"

Tapi ada peraturannya: Kamu hanya boleh pilih sekali sahaja, tak boleh patah balik untuk tukar pilihan lain.

Murid itu pun pergi ke sawah di sebelah sekolah. Sampai di petak pertama, dia jumpa sebutir padi bersaiz besar. Namun, pada pendapatnya mungkin ada lagi padi lebih besar dari itu.

Tepat sekali jangkaannya, di petak lain dia menjumpai padi lebih besar dari yang pertama tadi. Jadi, dia mula terfikir.. di depannya mungkin ada padi-padi yang lebih besar lagi. Lalu dia terus mencari...

Kemudian.. setelah mencari hampir separuh sawah, baru lah murid itu perasan padi-padi tersebut tidak sebesar padi sebelumnya. Dia menyesal dan kecewa kerana telah melepaskan peluang lalu pulang berjumpa cikgunya dengan tangan kosong.


Cikgunya berkata :"Itu lah cinta... anda sentiasa mencari yang lebih sempurna, tapi kemudian bila anda menyedarinya, anda telah pun kehilangan yang dicintai itu.."

No comments:

Post a Comment