Baca situasi di bawah dan jawab dengan jujur,. Jangan melihat jawapannya terlebih dahulu, percayalah dengan diri sendiri.
Ada lima perkara yang berlaku secara serentak:
A Cerek air berbunyi tanda air yang dimasak sedang mendidih di dapur
B Air di dalam mesin basuh melimpah.
C Adik kamu yang masih bayi menangis.
D Telefon bimbit berdering
E Ada orang menekan loceng rumah
F Hujan turun membasahi pakaian di ampaian.
Soalan : Antara 5 situasi tersebut, yang mana kamu akan lakukan terlebih dahulu? Fikirkan secara mendalam dan buat keputusan dengan bijak. Jawapan kamu akan membongkar isi hati kamu yang tersirat. Ingin tahu rahsianya, jom kita semak.......
Jawapan A
Ertinya, kamu amat mementingkan keselamatan, dan suka menyelesaikan masalah di peringkat awal. Lantaran kamu memilih untuk menutup api air di dapur kerana bimbang berlaku perkara yang tak diingini seperti kebakaran. Sikap ini mencerminkan keinginan kamu yang mendambakan pasangan yang boleh melindungi kamu agar kamu berasa selamat berada di sisinya. Kamu juga amat mengharapkan kekuatan atau kelebihan dirinya untuk membimbing kamu pada masa hadapan. Dalam erti kata lain, kamu memerlukan sokongan dan kata semangat yang tidak berbelah bagi dari pasangan. Andai berlaku pertengkaran, kamu harapkan pasangan segera memujuk dan menyelesaikan masalah bersama, malah kamu tidak suka pasangan membuatkan kamu terluka atau memendam rasa.
Jawapan B
Kamu sebenarnya tidak suka membazir. Bagi kamu, harta dan wang ringgit perlu dijaga dan digunakan sebaik mungkin. Begitu juga prinsip kamu dalam percintaan, kamu seorang yang mementingkan materialistik, bagi kamu, wang serta harta dapat menjamin masa depan yang cerah dan membahagiakan kamu. Lantaran, kamu amat mengharapkan pasangan kamu dapat memenuhi keperluan dan kehendak kamu dalam menyediakan segala kemudahan serta kesenangan hidup. Kamu jenis yang tidak mahu susah dan amat bergantung pada pasangan. W/pun begitu, golongan ini mempunyai kelebihan kerana bijak merancang perbelnjaan, berjimat cermat, dan menyimpan wang.
Golongan yang memilih untuk memujuk adik agar berhenti menangis menunjukkan kamu sangat prihatin dan mementingkan kasih sayang dalam sesebuah hubungan. Dalam perhubungan percintaan atau kekeluargaan, kamu dikategorikan sebagai seorang yang manja dan suka dibelai. Kamu sangat berharap pasangan sentiasa mengambil berat dan mengcurahkan kasih kayang kepada kamu. Bagi kamu, cinta adalah kunci kebahagiaan dan kamu tidak jemu menyemai kasih sepanjang bersama dengan si dia. Pasangan yang menjadi pilihan kamu semestinya individu yang memntingkan nilai kekeluargaan dalam kehidupan.
Ia mewakili sikap kamu yang peka dan mementingkan budi bahasa. Kamu juga mempunyai kelebihan dalam berkomunikasi, pandai bergaul, mudah didekati. Jelas di sini, kamu amat mengambil berat tentang tujuan pemanggil dan tidak suka membuatkan orang lain tertunggu-tunggu. Dalam percintaan, kamu amat mendambakan pasangan yang bijak berkomunikasi, menjaga perlakuan serta berbudi bahasa. Kamu percaya komunikasi yang baik adalah rahsia megekalkan keharmonian dalam hubungan istimewa. Sikap ini juga membongkar hasrat tersirat kamu yang inginkan pasangan yang bersikap terbuka dan sentiasa berdiplomasi dalam segala hal.
Jawapan E
Kamu amat memikirkan tentang diri orang lain berbanding diri sendiri. Kamu juga mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi dan cenderung menilai orang dari luaran. Kamu amat mementingkan rupa paras, personaliti dan penampilan pasangan. Pertama kali bertemu, kamu akan menilai luaran si dia dari cara berpakaian, berdandam dan membawa diri. Rupa paras pasangan kamu menjadi keutamaan sebagai teman hidup. Semestinya, kamu menaruh harapan yang tinggi agar pasangan berpenampilan dan berpewatakan menarik. Kamu juga bangga jika pasangan memiliki rupa yang menawan.
Golongan ini tidak suka melakukan perkara yang sia-sia kerana bergegas ke ampaian untuk mengangkat kain. Kamu tidak rela melihat pakaian basah kuyup dalam sekelip mata kerana kamu berusaha keras membasuh, membilas dan menjemurnya sejak pagi. Kamu seorang yang bekerja keras dan aktif. Sesuai dengan personaliti kamu yang gigih berusaha dan tangkas, kamu juga mahukan pasangan yang ringan tulang dan sedia membantu kamu di kala kamu susah dan senang. Kamu setia memberi sokongan padu kepda pasangan dengan harapan pasangan kamu akan bekerja keras merealisasikan impian bersama. Kamu juga mahukan pasangan yang kuat dari segi mental agar kamu dapat mengharungi dugaan demi dugaan.
No comments:
Post a Comment