Kita dilahirkan dengan dua mata di depan, kerana seharusnya kita melihat yang ada di depan dan bukan yang sudah berlalu.
Kita lahir dengan dua telinga, satu kiri dan satu di kanan sehingga kita dapat mendengar dari dua sisi dan dua arah. Menangkap pujian mahupun kritikan, dan mendengar mana yang salah dan mana yang benar.
Kita dilahirkan dengan otak tersembunyi didalam kepala, sehingga walaubagaimanapun miskinnya kita, kita tetap juga kaya. Kerana tak seorang pun dapat mencuri isi otak kita. Yang lebih berharga dari segala permata yang ada.
Kita dilahirkan dengan dua mata, dua telinga, namun cukup dengan satu mulut. Kerana mulut tadi adalah senjata yang tajam, yang dapat melukai, menfitnah, bahkan membunuh. Lebih baik sedikit bicara, tetapi banyak mendengar dan melihat.
Kita dilahirkan dengan satu hati, yang mengingatkan kita. Untuk menghargai dan memberikan cinta kasih dari dalam lubuk hati. Belajar untuk mencintai dan menikmati untuk dicintai, tetapi jangan pernah mengharapkan orang lain mencintai kamu dengan cara dan sebanyak yang sudah kamu berikan.
Berikanlah CINTA tanpa mengharapkan balasan, maka kamu akan tahu bahawa hidup ini terasa menjadi lebih indah.
No comments:
Post a Comment