Sunday, 27 November 2011

Suatu Kisah di Sebuah Sumur Pada Zaman Rasulullah SAW


Bismillahirahmanirrahim

Hari itu Nabi dikelilingi oleh para sahabatnya yang
mulia. Nabi menceritakan satu kisah yang indah
kepada mereka. Ada seorang lelaki yang melalui
gurun yang sangat panas dalam keadaan dahaga
amat sangat. Di tengah perjalanan dia menemui
sebuah sumur. Lantas dia turun masuk ke dalam dan minum sepuas-puaanya untuk
menghilangkan dahaganya.

Ketika dia keluar dari
sumur itu, dia melihat seekor anjing yang telah kehilangan seluruh kekuatannya kerana kehausan
dan dari riaknya memohon belas. Anjing itu
mengendus-enduskan hidungnya ke tanah. Lelaki itu melihat anjing malang tersebut sangat
menderita kerana kehausan. Dia pun merasa
kasihan dan terharu melihatnya. Dia baru sahaja
dicengkam kehausan, seperti yang dirasakan
anjing itu. Kemudian dia memutuskan untuk
memberinya air.

Setelah itu dia turun semula ke dalam sumur dan memenuhkan sepatunya dengan
air. Dia naik ke atas membawa air yang ada di
sepatunya dengan menggigitnya, kerana kedua
tangan dan kakinya dia gunakan untuk memanjat
dinding sumur itu. Dia meletakkan sepatunya yang
berisi air itu di depan anjing tadi yang hampir mati kerana kehausan. Anjing itu minum hingga puas.
Allah mengampunkan seratus-peratus dosanya
sebagai balasan atas kebaikan yang dia lakukan.

“ Para sahabat bertanya kepada Nabi SAW, ‘Apakah
kita boleh memperoleh pahala daripada Allah dengan berbuat baik kepada binatang?’ Beliau
menjawab: Ya, engkau akan diberi pahala kerana
berbuat baik kepada setiap makhluk hidup.”

No comments:

Post a Comment