Sunday 23 October 2011

Lawak Pendek


Parti

Hamid baru mendapat tahu dia akan ditukarkan ke Pulau Pinang kerana dinaikkan pangkat.

"Semua kawan saya akan mengadakan parti secara besar-besaran dan telah menempah supaya diadakan pertunjukan bunga api bagi meraikan pemergian saya" kata Hamid kepada Wahub.

"Baguslah tu. Habis kenapa pulak yang kau bersedih ni?" tanya Wahub.

Jawab Hamid, "Saya tidak dijemput..."

===========================================

Sketsa pertandingan menyanyi

pada suatu hari tu ada 1 pertandingan menyanyi peringkat haiwan hutan.ok...pertandingan tu pun mula la...Burung nuri pun menyanyi.Merdu sungguh sora nuri tu.Kendian musang pun menyanyi diikuti pula oleh sang babi nie.... Sang babi pun nyanyi la.....tiba-tiba semua haiwan melarikan diri. Tahu kenapa? Kerana babi ni nyanyikan lagu dari Headwind "Kita serupa...."

============================================

Gila Telefon

Seorang ayah mempunyai anak gadis yang suka sangat 'bergayut' kat telefon. Setiap kali menerima telefon pasti anaknya itu akan berbual sampai 5 jam tanpa henti.. Entah apa yang dibualkan pun tak tahulah...

Suatu hari.. telefon berdering, anak gadisnya bergegas mengangkatnya.. ayahnya mengeluh kerana sudah pasti 5 jam lagi baru selesai... Tapi.. Alangkah terkejutnya.. apabila anaknya itu cuma berbual selama 2 JAM bukan 5 Jam seperti biasa...

"Tunggu sekejap.... Siapa yang talefon tu?" tanya ayahnya kehairanan..

"Tak tahu la ayah... salah Nombor! " jawab anaknya sambil tersengih..

No comments:

Post a Comment